Kita hanya mampu merancang
Tuhan jua yang menentukan
Manusia berlumba-lumba mengejar kemajuan dan kekayaan
Hanya untuk kesenangan di dunia semata-mata
Bukan semua kebaikan kita lakukan dibalas dengan kebaikan
Ada kalanya ia menjadi ujian buat kita
Untuk menyedarkan kita siapa kita
Kebendaan sering mengaburi penglihatan
Sehingga kita tidak mampu menilai dan membezakan
Antara baik dan sebaliknya
Keegoan yang tinggi kadangkala membuatkan
Kita rasa gah sehingga sanggup
Memperkuda kayukan orang lain yang lemah
Hanya kerana satu persaingan!
Namun kita tidak dapat lari dari takdir tuhan
Meskipun kita disuruh berusaha untuk
Mengubah satu kehidupan.
No comments:
Post a Comment