----- > Teman Bicara < -----

**--** Antara Kita Tiada Rahsia **--**

Saturday, March 26, 2011

Rahsia Menadah Tangan Ketika Berdoa...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Gua cadang nak kongsi skit kupasan tajuk diatas nih...

Selepas roh ditiupkan pada segumpal daging yang diselimuti oleh darah dan cecair ketuban... maka terbentuklah sifat seorang manusia (bayi) lengkap dengan struktur tubuh badan... Proses kehamilan mengambil masa lebih kuran 9 bulan 10 hari.... ada yang awal ada yang lewat... semuanya ketentuan dari Allah S.W.T.

Di alam roh dan di alam rahim.... kita telah membuat satu perjanjian dengan Allah Taala... dimana kita berjanji akan menjadi sebaik-baik umat dan semulia-mulia umat... dengan berpaksikan kepada tauhidkan Allah... pada setiap masa dan ketika.. Perjanjian ini kekal diingati oleh kita selama kita berada didalam alam roh dan di alam rahim...

Allah S.W.T mentakdirkan kita (bayi) kebiasaannya menggenggam erat tangan kita semasa didalam kandungan.. Ini telah dibuktikan dengan penggunaan sistem pengimejan 3 Dimensi dan 4 DImensi peralatan perubatan iaitu Sonographer..

Kebanyakan kita akan lupa kepada perjanjian kepada Allah Taala ini selepas kita dilahirkan... iaitu selepas kita telah melihat akan cantiknya dunia ini...kita lupa pada perjanjian dengan Allah..... jadi sebagai peringatan kepada kita untuk mengingati janji-janji kita kepada Allah S.W.T ... Allah telah mentakdirkan bahawa terdapatnya garisan-garisan (ada orang kata garisan Asma' Allah) ditapak tangan kita... Cuba lu orang semak apa yang ader kat tangan lu orang...

Sewajarnya .. setiap kali lu orang tengok tapak tangan lu orang... sepatutnya lu orang ingat balik akan janji-janji lu orang dengan Allah Taala... Tuhan yang menghidupkan lu.... Oleh yang demikian....seeloknya setiap kalu lu orang berdoa.. sila buka dan tadah tangan anda dengan lengkap... dan perhatikan garisan ini sebagai bukti janji-janji lu ngan Allah Taala...

Maknanya... biler berdoa dengan menadah tangan... bermaksud lu berdoa sambil ingat kembali janji-janji lu ngan Allah Taala....

Begitu juga ketila lu mengangkat tangan untuk buat Takbiratul Ikram.... sepatutnya lu orang ratakan tapak tangan lu orang denagan lengkap dan bersemangat (bukannya sambil lewa) semasa mengangkat Takbiratul Ikram sebagai satu simbolik kepada pengakuan lu atas semua janji-janji lu ngan Allah Taala... Dengan cara ini lu senantiasa akan ingat kembali janji-janji lu ngan Allah Taala... Tuhan yang menciptakan lu ngan gua...

Kesimpulannya... selalu-selalulah pandang kepada tapak tangan lu orang... sebagai satu muhasabah dan motivasi diri berserta dengan ingatan atas janji-janji lu ngan Allah Taala. Insaflah..... sebagai manusia... terlalu banyak janji-janji lu kat Allah Taala yang semakin hari semakin jauh dari lu.... dan Allah memperingatkan kita setiap masa akan janji-janji kita itu ...

No comments:

Post a Comment