----- > Teman Bicara < -----

**--** Antara Kita Tiada Rahsia **--**

Monday, October 3, 2011

Bagaimana mendekatkan diri kepada Allah bagi mendapat kasih sayang dan keredaan-Nya?

1. Kita perlu mempelajari bagaimana mencari ganjaran pahala di sisi Allah.

2. Kita perlu merancang kebahagiaan untuk hari akhirat kita sebagaimana kita merancang untuk kebahagiaan hidup di dunia.

3. Kita perlu mengetahui apakah amalan yang baik, waktu dan masa yg sesuai serta pemberian yang baik untuk kita lakukan atau berikan kepada rakan-rakan dan keluarga kita.

4. Kita perlu mengetahui apakah amalan yang utama dan ganjaran pahala yang besar serta cara memperolehnya.

5. Kita perlu mencari dan berdamping dengan orang yang sering melakukan kebaikan dan kita perlu membina hubungan baik bersama mereka, mengambil pengajaran dan manfaat daripada mereka, bertanya mereka dan belajar daripada mereka cara untuk mendekatkan diri kepada Allah sehingga kita dikasihi Allah.

6. Kita perlu bersiap sedia dalam beramal dengan meminta panduan daripada mereka yang suka beramal untuk akhirat sebagaimana kita bersiap sedia untuk dunia kita dengan panduan daripada orang untuk urusan dunia kita. apabila kita sentiasa bertanya dan meminta panduan daripada orang yang suka beramal dengan cara mengkaji dan mempelajari semua itu akan memperelokkan amalan kita.

7. Kita perlu sentiasa mengadakan perubahan dalam hidup kita sebagaimana kita sentiasa menukar barang-barang keperluan duniawi seperti perabot rumah, pakaian, set pinggan mangkuk dan sebagainya.

8. Kita perlu mengubah niat kita dan belajar bagaimana mendapat ganjaran pahala dalam  segala perbuatan sama ada kecil ataupun besar, semasa kita gembira ataupun marah, semasa kita tidur ataupun jaga, semasa makan, pergi dan pulang dalam segala amalan  dan tindakan kita.

No comments:

Post a Comment